Dari Akar Umbi Kelantan ke Pentas Nasional: Menyingkap Perjalanan Kepimpinan dan Legasi Ahmad Jazlan Yaakub

Authors

  • Izzati Zaharudin
  • Nur Ain Erisya Mohd Zulkifli
  • Jafalizan Md Jali
  • Nurulannisa Abdullah

Keywords:

Sejarah lisan, kepimpinan, pembangunan luar bandar, politik, Ahmad Jazlan Yaakub

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mendokumentasikan pengalaman hidup, perjalanan kerjaya, gaya kepimpinan serta sumbangan Dato' Sri Haji Ahmad Jazlan Yaakub melalui pendekatan sejarah lisan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti latar belakang kehidupan beliau, meneliti pengalaman dalam bidang perniagaan, politik dan pentadbiran, serta menganalisis sumbangan beliau terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Pendekatan kualitatif telah digunakan melalui temu bual sejarah lisan sebagai sumber utama, di samping analisis dokumen dan rujukan ilmiah yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman awal dalam bidang perniagaan telah membentuk kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan yang menjadi asas kepada kejayaan beliau dalam bidang politik dan pentadbiran. Selain itu, beliau turut memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan luar bandar, pengukuhan organisasi serta peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat. Nilai amanah, tanggungjawab, integriti dan komitmen yang diamalkan sepanjang kerjaya menjadikan beliau seorang tokoh yang berwibawa dan relevan dalam pembangunan negara. Kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan kepada penyelidik, pelajar dan masyarakat dalam memahami kepentingan dokumentasi sejarah lisan sebagai warisan ilmu dan sejarah negara.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >>