Menyingkap Sejarah Penubuhan Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh, Daerah Kuala Selangor.

Authors

  • Muhammad Irfan Danial Saifulamri Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Muhamad Hafiz Mohd Khir Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Saiful Farik Mat Yatin Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0000-0001-5446-7755 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/4xysqj49

Keywords:

Masjid Saujana Utama, Jabatan Agama Islam Selangor, peranan dan cabaran masjid

Abstract

Masjid memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Sejarah masjid adalah pokok kepada penghayatan asal-usul, perkembangan, dan identiti komuniti Islam tempatan. Dengan mempelajari sejarah masjid, kita dapat mengetahui sejarah dan peristiwa di sebalik tabir sesebuah bangunan masjid termasuklah penubuhan, pentadbiran, sosial, dan budaya, serta sumbangan masjid terhadap masyarakat dan komuniti setempat. Masjid di Malaysia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah tetapi juga sebagai pusat kegiatan sosial, pendidikan, dan kebajikan. Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu masjid yang terdapat di Selangor, iaitu Masjid Saujana Utama (MSU), Sungai Buloh, Daerah Kuala Selangor yang memainkan peranan penting sebagai pusat tumpuan besar masyarakat sekitar Bandar Saujana Utama untuk melaksanakan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan. Artikel ini turut membincangkan berkenaan perkembangan MSU yang merangkumi sejarah awal penubuhannya, peranan, cabaran sehingga kini, nasihat dan harapan dalam mendepani cabaran pada masa akan datang.

Downloads

Published

2024-10-16

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>