Menyelusuri sejarah Kampung Padang Jawa Selangor.

Authors

Keywords:

Kampung Padang Jawa, Klang, Petaling, Shah Alam

Abstract

Satu temubual telah dijalankan bersama salah seorang penduduk tertua yang tinggal di Kampung Padang Jawa pada 24 November 2023 di Bilik Gerakan Muay Thai di Kampung Padang Jawa selama 2 jam 19 saat dalam merungkai sejarah Kampung Padang Jawa.  Objektif kajian sejarah lisan ini adalah untuk Mendokumentasikan sejarah awal penempatan Kampung Padang Jawa, Mengkaji kegiatan aktiviti kebudayaan di Kampung Padang Jawa dan Mengenal pasti cabaran-cabaran yang dilalui pembentukan Kampung Padang Jawa. Temubual ini dijalankan untuk mengetahui Bilakah bermulanya sejarah awal penempatan Kampung Padang Jawa, apakah kegiatan aktiviti kebudayaan di Kampung Padang Jawa dan Apakah cabaran-cabaran yang dilalui semasa pembentukan Kampung Padang Jawa. Padang Jawa adalah sebuah bandar kecil di Selangor, Malaysia yang berdekatan dengan Bandar Baru Klang. Kampung Padang Jawa (Petaling) merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak diantara 2 buah bandar iaitu Bandar Klang dan Bandaraya Shah Alam. Jaraknya dari bandar Klang lebih Kurang 8 km dan dari Shah Alam lebih kurang 5 km. Kampung ini sangat unik kerana berada di bawah pentadbiran dua daerah iaitu satu bahagian di bawah Daerah Klang dan sebahagian lagi di dalam Seksyen 16, Shah Alam di bawah pentadbiran Daerah Petaling.

Downloads

Published

2024-04-05

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>