Dari Penulis ke Penerbit: Legasi dan Sumbangan Raja Azmi dalam Seni dan Hiburan.
DOI:
https://doi.org/10.64382/gvkdnz11Keywords:
Raja Azmi, Penerbit, Anak-Anak Sidek, Pelakon, Filem, DramaAbstract
Temubual ini dilakukan bersama seorang tokoh serba boleh iaitu Raja Azmi binti Raja Sulaiman. Beliau merupakan seorang pelakon, penulis, pengarah dan penerbit televisyen dan filem Malaysia. Beliau berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan dilahirkan pada 27 Jun 1959. Tujuan temubual Adalah untuk mengetahui tentang perkembangan beliau dalam dunia hiburan yang hampir 39 tahun berada di dalam industry seni tanah air. Temubual tersebut telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Google Meet pada 18 Jun 2022. Temubual tersebut telah menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang mempunyai banyak pengalaman dalam dunia hiburan ini. Seterusnya, temubual ini juga telah memfokuskan kepada kehidupan peribadi serta penglibatan beliau berkaitan industri seni di Malaysia. Raja Azmi binti Raja Sulaiman juga ialah seorang yang dikenali dengan animasi ‘Anak-Anak Sidek’ pada hujung 90-an. Selain itu, beliau juga berlakon dalam beberapa drama antaranya ‘Dia Menantu Rahasia’, ‘Satukan Rasa’ dan ‘Aku Pilih Bahagia’. Beliau juga turut mengarah filem ‘Enjin No.9’ dan menerbitkan salah satu filem yang menimbulkan sensasi iaitu ‘...Dalam Botol’ serta ‘Volkswagen Kuning’.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nadiatul Nasriah Zubaidi, Nurul Atikah Abd Rohim, Nurulannisa Abdullah, Siti Aishah Mokhtar

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
						
							