Pendidik yang Cemerlang Mencorakkan Pewaris Negara yang Berkualiti: Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat.

Authors

  • Md Arifin Noor Arina
  • Nurulannisa Abdullah
  • Nik Muhammad Adib Aiman Nik Yahya
  • Nur Umira Husna Mat Rawi
  • Nornisrina Nordin

Keywords:

Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat, pengetua, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Tokoh Kepimpinan Guru, Tokoh Guru

Abstract

Kajian ini dijalankan bersama seorang tokoh pendidikan iaitu Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat yang pernah berkhidmat sebagai pengetua sekolah, ketua sektor di Jabatan Negeri Pahang (JPP) dan pengurusan peringkat kementerian selama 32 tahun. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengetahui latar belakang tokoh, cabaran sepanjang perkhidmatan sebagai pendidik dan sumbangan serta pencapaian tokoh dalam dunia pendidikan. Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat pernah menerima penghargaan sebagai guru cemerlang dan Anugerah Kualiti Daerah Maran pada 1992. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong kanan dan pengetua di beberapa sekolah menengah di Maran, Raub dan Pekan serta Pegawai Pelajaran Raub pada 1990 dan Kuantan pada tahun 2008. Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat juga pernah dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Guru peringkat daerah. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat semasa berkhidmat dan sejarah kehidupan dan kerjaya beliau boleh dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang terutamanya warga pendidik. Hasil kajian memaparkan peengalaman, cabaran dan jasa Datuk Wan Mustama Wan Abdul Hayat sepanjang beliau bergelar pendidik. Kajian ini dapat memberi gambaran umum kepada pembaca berkenaan persepsi masyarakat terutamanya pendidik dan juga bakal guru yang akan menceburi bidang pendidikan pada masa akan datang.

Downloads

Published

2023-11-02

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>