Karyawan Bintang Termasyhur: Ellie Suriaty Omar
DOI:
https://doi.org/10.64382/dtrq9w16Keywords:
Ellie Suriaty Omar,, Pelakon Wanita Malaysia, Pengarah Wanita Malaysia, Seni Tanah Air, Sejarah LisanAbstract
Temubual ini dilakukan bersama seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia iaitu Puan Ellie Suriaty Omar ataupun lebih dikenali sebagai Puan Ellie Suriaty untuk mengetahui tentang pengalaman dan kerjaya beliau dalam bidang lakonan dan pengarahan. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan fakta, memori dan pengalaman peribadi tokoh tersebut yang mempunyai nilai yang baik. Dua sesi temu bual telah dijalankan secara dalam talian di antara tokoh dan para pengkaji menggunakan platform yang sesuai iaitu Google Meet. Puan Ellie Suriaty ialah seorang pelakon dan pengarah wanita Malaysia. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu pertama, untuk mengetahui tentang pengalaman dan sumbangan tokoh dalam bidang lakonan di Malaysia sehingga terkenal. Kedua, untuk menghasilkan satu dokumen lisan yang disaksikan oleh mata, pendengaran dan keterangan secara lisan dalam bentuk rakaman ataupun transkrip. Objektif kajian yang terakhir ialah untuk mengenalpasti setiap proses sejarah lisan dengan lebih tepat. Kini, bakat semulajadi Puan Ellie Suriaty terserlah kerana beliau adalah seorang pelakon dan pengarah yang serba boleh. Justeru, nama beliau kini sebaris dengan nama-nama besar tanah air. Seterusnya, pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Puan Ellie Suriaty semasa menceburi bidang lakonan sehingga terkenal. Pengalaman dan kerjaya beliau dapat dijadikan sebagai insipirasi kepada semua orang.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nur Syahirah Yusoff, Wan Azia Maria Wan Mazlan, Nurulannisa Abdullah, Noor Rahmawati Alias

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.