Tokoh Guru Inovatif Pahang: Zubaidah Mohaidin
Keywords:
Guru Inovatif, Prasekolah, NIBT, Inovasi pendidikan, Kemahiran literasiAbstract
Temubual ini dijalankan bersama seorang tokoh pendidikan iaitu Puan Zubaidah binti Mohaidin yang berkhidmat sebagai guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan, Malaysia. Tujuan temubual ini diadakan adalah bagi mengetahui latar belakang tokoh, cabaran dalam pendidikan prasekolah dan sumbangan serta pencapaian tokoh dalam dunia pendidikan khususnya pendidikan prasekolah melalui inovasi pendidikan beliau. Minat yang mendalam terhadap kerjayanya telah mencetuskan idea dan menonjolkan kreativiti beliau dalam menghasilkan NIBT (Nyanyi, Ingat, Baca, Tulis) untuk murid prasekolah dan tadika. Kaedah NIBT telah diperkenalkan sejak tahun 2005 dan telah berjaya meningkatkan kemahiran literasi murid serta membolehkan mereka membaca dan menulis dengan baik dalam tempoh tiga bulan. Puan Zubaidah pernah dinobatkan sebagai naib juara Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2014, pemenang Cabaran Inovasi Zon Pantai Timur Kategori Awam 2016, dan sebagai ikon Guru Inovatif Pahang 2018. Secara keseluruhannya, Puan Zubaidah telah menghasilkan tiga inovasi iaitu NIBT, NIBT Jawi dan NIBT Sayangku yang digunakan untuk kanak-kanak prasekolah dan pemulihan. Penghasilan NIBT oleh Puan Zubaidah serta sumbangan kreatif beliau dalam kerjaya dapat dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat khususnya kepada guru-guru di Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Noor Rahmawati Alias, Noor Arina Md Arifin, Nurul Hashimah Mohd Rosli, Che Norlyhawa Che Wisly

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.