Peranan Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks pemulihan penghuni tirai besi menurut Dato Ab Basir bin Mohamad

Authors

Keywords:

Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Penjara Sejahtera, pemulihan, banduan, parol

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan dan fungsi Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks pemulihan penghuni tirai besi atau banduan. Jabatan Penjara Malaysia merupakan salah satu organisasi atau jabatan kerajaan yang berada di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat dalam membantu memelihara penghuni tirai besi penjara yang memerlukan perhatian khusus dan menyediakan program bermanfaat kepada mereka. Ini selari dengan misi Jabatan Penjara Malaysia iaitu membentuk insan produktif melalui pemulihan yang efektif. Penjara sebenarnya bukan sahaja tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan namun lebih kepada sebagai organisasi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang lebih baik seiring dengan agenda kerajaan dalam mengurangkan kadar jenayah. Di harap melalui kajian ini, masyarakat akan lebih mengetahui tentang peranan Jabatan Penjara Malaysia dan menghargai usaha-usaha Jabatan Penjara Malaysia dalam proses pemulihan banduan untuk dibebaskan sebagai warga yang produktif kepada masyarakat.

Downloads

Published

2023-05-07

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>