Menyingkap pengalaman dan sumbangan Naib Canselor Pertama UMK: Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Zainai Bin Mohamed
Keywords:
Pensyarah, Pendidikan, Naib Canselor, Universiti Malaysia KelantanAbstract
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Zainai Mohamed merupakan seorang pensyarah dan juga Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga adalah salah seorang peneroka terawal Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga telah terlibat dalam membuka kampus UMK di Bachok, Kelantan. UMK pada ketika itu menjadi sebuah institusi pendidikan yang telah membantu masyarakat sekitar Bachok kerana kemudahan-kemudahan insfrastruktur dan pembangunan ekonomi sekitarnya telah membantu ekonomi setempat. Tujuan temubual ini dilakukan untuk mengetahui pengalaman dan cabaran yang telah dihadapi oleh beliau semasa berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kaedah kajian dijalankan dengan secara temu ramah secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex Meet pada 11 Januari 2021. Sebanyak lebih 90 soalan dikemukakan yang terdiri daripada latar belakang hingga sumbangan dan pencapaian beliau sebagai Naib Canselor UMK. Hasil temuramah tersebut, sumbangan dan pencapaian beliau dilihat memberi kesan yang baik dan positif dalam pelbagai aspek seperti pembangunan diri, masyarakat dan negara.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nurulannisa Abdullah, Siti Aishah Mokhtar, Mohamad Zaidi Zainuddin, Nursyafawani Che Mohd Noor, Nurhayati Mohamad Nawawi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.