Sejarah Penubuhan Masjid Seksyen 7
DOI:
https://doi.org/10.64382/787pnk72Keywords:
Masjid, Seksyen 7, Shah Alam, AgamaAbstract
Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan pengalaman seseorang dalam mengetahui penubuhan masjid Seksyen 7 Shah alam, yang sangat berpengalaman serta mempunyai gelaran yang layak sebagai orang lama dalam penubuhan masjid tersebut. Nama diberi Haji Mohd Hassan Bin Awang Boon iaitu selaku bekas Lembaga pengarah masjid Seksyen 7 yang masih berkhidmat di masjid berkenaan. Beliau seorang yang berpengalaman dan mengetahui awal permulaan penubuhan masjid Seksyen 7 Shah Alam. Artikel ini menekankan tentang Sejarah awal awal penubuhan Masjid Seksyen 7 sehingga kini. Selain itu juga artikel ini juga menyatakan kepentingan dan sumbangan Masyarakat dalam mengimarahkan masjid tersebut. Sumber rujukan bagi artikel ini adalah melalui medium laman sesawang, melawat tapak masjid dan media sosial yang terlibat. Oleh itu, kajian ini dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji yang memerlukan kajian ilmiah yang lebih mendalam mengenai Sejarah penubuhan masjid Seksyen 7 Shah Alam. Kajian ini turut mempunyai kepentingan dari segi mengekalkan maklumat dan pengetahuan terutamnya kepada generasi akan datang agar dapat dijadikan panduan dan sumber motivasi untuk senstiasa menjejakkan kaki ke masjid.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Siti Nur Athirah Mohd Azman, Nur Farzana Irdina Razi, Jannatul Iza Ahmad Kamal, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.