Sejarah Kampung Telok Penyamun : Asal usul penamaan.
Keywords:
Teluk penyamun, penjajah, emas, harta rampasanAbstract
Kampung teluk penyamun adalah satu kawasan kampung yang terdapat di Kuala Selangor. Asal usul Kampung Teluk Penyamun berasal daripada nama yang diberikan oleh pihak British kepada orang melayu di kawasan kampung teluk penyamun suatu ketika dahulu. 2. Perkongsi dalam kajian ini, diharapkan dapat menjadi rujukan yang berguna dan bermanfaat untuk masyarakat terutamanya golongan masa hadapan untuk mendalami dan menghargai sejarah dan warisan budaya tidak kira dahulu dan sekarang.. 3. Objektif kajian sejarah lisan ini adalah untuk mengetahui sejarah awal kampung Telok Penyamun, untuk mengenali cara hidup kampung teluk penyamun dan mempelajari warisan orang kampung teluk penyamun.4. Kajian ini menemubual seorang bekas ketua kampung iaitu Encik Hazol bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Hazol.5. Hasil daripada sesi temu bual ini mendapat bahawa asal usul nama kampung teluk penyamun ini telah diberikan oleh pihak penjajah yang menjajah di Kawasan tersebut. Sejak daripada peristiwa tersebut maka terciptalah sebuah kampung yang diberi nama Kampung Teluk penyamun. Melalui sesi temu bual ini juga banyak maklumat yang telah di kongsikan oleh tokoh tentang sejarah awal kampung tersebut.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Amirudin Mohd Raef, Muhammad Akmal Amin Kamarulzaman, Mohd Shamsul Mohd Shoid, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.