Melangkaui Batas Perjalanan Sorang Wanita Dalam Kerjaya Sebagai Diplomat

Authors

  • Nurmaisarah Syahmina Mohd Tahir Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Nurul Nadia A. Rahman Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Nordiana Mohd Nordin Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0000-0003-3713-5235 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/qs4r9k43

Keywords:

Diplomatik, Hubungan antarabangsa, Kepemimpinan Wanita, Sejarah Lisan, Cabaran Kerjaya

Abstract

Kerjaya sebagai seorang pegawai diplomat bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya apabila tugas itu disandang oleh seorang wanita. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman seorang wanita yang berkhidmat sebagai diplomat Malaysia di Prague, Republik Czech. Objektif utama kajian ialah melusuri latar belakang, memahami peranan dan tanggungjawab serta mendalami cara wanita mengatasi cabaran dan kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki. Dengan menggunakan metodologi sejarah lisan, temubual dilakukan untuk mendapatkan perspektif terperinci mengenai pengalaman dan sumbangan diplomat wanita di negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa diplomat wanita tersebut berjaya mengatasi cabaran melalui kepimpinan beliau yang cekal dan dedikasi. Kejayaan beliau memperkukuhkan peranan wanita dalam kerjaya ini dapat memberi inspirasi kepada wanita lain. Kepentingan penyertaan wanita dalam kerjaya diplomat ini dan saranan langkah untuk meningkatkan penyertaan dan kejayaan wanita di peringkat antarabangsa diberi penekanan dalam kajian ini. Dengan ini, kita dapat melihat bahawa wanita berpontensi untuk menjadi pemimpin yang hebat terutamanya dalam bidang diplomatic dan hubungan luar negara ini.

Downloads

Published

2024-10-16

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>