Menyelerusi Adat Berkhatan Orang Asli Kaum Jahut Melalui Sejarah Lisan

Authors

  • Nurhana Shiefa Zulhelmi
  • Nurul Hawa Mohd Hainuddin
  • Mohd Nizam Yunus
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

Adat Berkhatan, Orang Asli, Kaum Jahut, Budaya dan Adat Resam, Warisan

Abstract

Amalan adat berkhatan Orang Asli Kaum Jahut dapat dilihat bahawa amalan ini bukan sekadar prosedur perubatan, tetapi ia sebagai ritual peralihan usia yang melambangkan kedewasaan, penyucian diri, serta peneguhan identiti budaya. Kajian ini dilaksanakan berikutan kekurangan dokumentasi bertulis dan kajian akademik yang khusus mengenai adat berkhatan kaum Jahut, memandangkan maklumat tersebut kebanyakanya hanya disampaikan secara lisan. Tanpa usaha dan dokumentasi yang sistematik, warisan ini berisiko untuk pupus akibat perubahan arus pemodenan dan kecenderungan generasi muda terhadap kaedah perubatan moden di klinik atau hospital. Melalui penyelidikan ini, penyelidik menggunakan pendekatan sejarah lisan melalui temu bual mendalam dan lawatan tapak bagi mengumpul data primer. Tokoh utama yang dipilih berasal dari Kampung Paya Pelong, yang mempunyai kepakaran langsung dalam pelaksanaan adat tersebut.Pendekatan pemerhatian digunakan untuk mengenal pasti reaksi serta ekspresi responden bagi memperloleh data yang lebih mendalam dan konstekstual. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi rekod rasmi dalam memelihara warisan budaya yang tidak ketara masyarakat Jahut agar terus kekal releven dan dapat dirujuk oleh generasi akan datang.  

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >>