Paluan Kompang Fatani: Irama Tradisi yang Mengukuhkan Identiti.

Authors

  • Nur Aina Nazihah Anuar Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Nurul Fatihah Razak Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Jafalizan Md Jali Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/bwpb2c02

Keywords:

Seni Kompang, Warisan Budaya, Identiti Melayu, Muzik Tradisional, Generasi Muda

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik seni tradisional Melayu, dengan fokus utama ialah pada Pertubuhan Seni Kompang Fatani Malaysia, yang merupakan pertubuhan seni kompang yang sudah lama wujud di Tanah Melayu. Pengenalan kajian ini menekankan kepentingan seni kompang dalam memperkukuh identiti budaya dan perpaduan sosial dalam masyarakat. Melalui objektif kajian, kajian ini mengenal pasti sejarah pertubuhan seni kompang fatani, mengkaji teknik-teknik permainan serta menilai kemahiran asas yang diperlukan oleh pemain kompang. Mengikut tinjauan literatur, kajian ini menganalisis sejarah, teknik pembuatan, dan perubahan dalam penggunaan kompang dari zaman tradisional hingga ke era moden. Penyelidikan ini juga mengkaji pengaruh muzik kontemporari terhadap seni kompang, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan relevansinya di kalangan generasi muda. Hasil kajian menunjukkan bahawa seni kompang bukan sahaja berfungsi sebagai alat muzik, tetapi juga sebagai simbol perpaduan dalam pelbagai acara tradisional dan keagamaan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan sumber rujukan akademik yang mendalam mengenai seni kompang Fatani, yang menunjukkan perlunya lebih banyak penyelidikan dan dokumentasi. Kajian ini mencadangkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan seni kompang dan menarik minat generasi muda, serta mengimbangi keperluan untuk mengekalkan tradisi dengan penyesuaian kepada kehendak semasa. Secara keseluruhan, kajian ini memberikan sumbangan penting dalam usaha memelihara dan mempromosikan seni budaya warisan Malaysia, serta menekankan peranan seni kompang dalam melestarikan identiti budaya masyarakat Melayu dalam dunia yang semakin global dan moden.

Downloads

Published

2025-03-11

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>