Sejarah kesenian kain Telepuk : Perkisahan sejarah seni warisan yang semakin hilang.
Keywords:
Tuan Norhaiza Bin Noordin, Puan Intan Siti Zarinah Binti Jailani, Seni Kain Telepuk, Sejarah, Pembuatan, Faktor, KehilanganAbstract
Transkrip ini mengandungi rakaman temubual bersama dua orang tokoh dalam bidang seni kain telepuk iaitu Tuan Norhaiza Bin Noordin dan juga Puan Intan Siti Zarinah Binti Jailani bagi pengetahuan dan pengalaman mereka sepanjang melibatkan diri dalam bidang ini. Dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur, membolehkan pengkaji mencatat dan merakamkan proses temubual bersama dengan tokoh sebagai sumber primer. Antara objektif yang telah dicapai ialah dapat mengumpulkan fakta mengenai sejarah Kain Telepuk, mengkaji cara pembuatan Kain Telepuk dan mengenal pasti keunikan dan keistimewaan kesenian Kain Telepuk. Beliau menceritakan mengenai tentang proses pembuatan kain telepuk dan bagaimana kain ini digunakan dalam acara adat istiadat kerabat diraja terdahulu. Bagi menyimpulkan wawancara ini, Tuan Norhaiza Bin Noordin juga berkongsi pandangan dan harapan beliau supaya menekankan betapa pentingnya usaha pelestarian dan promosi Kain Telepuk sebagai warisan budaya yang bukan sahaja mempunyai nilai estetika yang tinggi, tetapi juga memainkan peranan penting dalam sejarah serta identiti budaya masyarakat. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang isu yang dikaji, membantu dalam pembangunan dasar, menyediakan panduan untuk tindakan masa depan, serta menyokong perkembangan pengetahuan dalam bidang tersebut. Melalui projek sejarah lisan ini, generasi muda boleh membuat rujukan mengenai seni kain telepuk di Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Fazira Fauzi, Shamiza Hassan, Nik Azliza Nik Ariffin, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.