Beting Beras Basah: Menelusuri keunikan istiadat pertabalan Sultan Perak

Authors

Keywords:

Beting Beras Basah, Istiadat Pertabalan Sultan Perak, Kampung Sungai Ular, Kampung Sungai Betul.

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang penyelidikan tempat bersejarah Beting Beras Basah yang mempunyai nilai Sejarah yang penting dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak kerana Kawasan dan nilai sejarahnya yang semakin dilupakan oleh generasi kini. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dengan melaksanakan kaedah temubual bersemuka bersama Ketua Kampung Sungai Betul dan Kampung Sungai Ular di Bagan Datuk, Perak iaitu Encik Kamarulzaman bin Abdullah dan Encik Md Saril bin Ahmad bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai tempat bersejarah tersebut. Antara objektif utama kajian ialah mengenali sejarah Beting Beras Basah secara lebih terperinci sehingga dikenali sebagai tempat Tabal Pusaka Sultan Perak. Selain dari itu, kajian ini juga mengenalpasti perkembangan serta kemajuan yang dilakukan di kawasan sekitar Beting Beras Basah. Hasil kajian daripada perkongsian tokoh juga telah membantu dalam mengetahu perkembangan dan kemajuan yang dilaksanakan di kawasan sekitar. Akhir sekali, semua rakyat hendaklah menyedari dan memelihara salah satu kawasan khazanah negara ini agar ia dapat dilihat oleh generasi-generasi seterusnya.

Downloads

Published

2024-04-05

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>