Dari Virus Ke Vaksin, Mencorakkan Masa Depan Kesihatan: Kisah Inspirasi Professor Datin Paduka Dr. Khatijah Binti Mohamad Yusoff.

Authors

  • Puteri Adilla Mastura Mohd Ghani Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Nurul Fath Raafiqna Mohd Zamani Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Jafalizan Md Jali Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)
  • Mazlina Pati Khan Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0000-0003-3442-2917 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/nj6b3482

Keywords:

virologi, vaksin, Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff, kesihatan awam, kajian virus

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelusuri sumbangan dan pencapaian Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff, seorang tokoh perintis dalam bidang virologi di Malaysia. Temubual bersemuka diadakan pada 29 November 2024, bertempat di Institut Genom & Vaksin Malaysia bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai pengalaman, cabaran dan kejayaan beliau dalam bidang virologi, khususnya berkaitan kajian virus dan pengembangan vaksin baru. Melalui sesi temubual ini, fokus utama diberikan kepada kajian-kajian beliau yang memberi impak besar kepada kesihatan awam, khususnya dalam pencegahan penyakit dan pengembangan strategi rawatan moden. Temubual ini turut mengupas cabaran yang dihadapi oleh beliau sepanjang perjalanan kerjaya sebagai seorang saintis, termasuk usaha beliau untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan virologi di Malaysia. Hasil temubual ini bukan sahaja menyediakan dokumentasi yang bernilai untuk rujukan generasi akan datang tetapi juga memberi pandangan mendalam tentang cara ilmu virologi boleh dimanfaatkan untuk pembangunan kesihatan global. Hasil penemuan ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda dan para penyelidik dalam mengembangkan bidang sains dan kesihatan

Downloads

Published

2025-03-11

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>