Menelusuri keunikan sejarah dondang sayang: Tradisi Melayu dan Baba Nyonya.
Keywords:
Dondang Sayang, Sejarah Lisan, Melaka, Seni Warisan, Baba NyonyaAbstract
Dondang sayang merupakan salah satu seni muzik tradisional yang wujud sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kajian ini sangat penting untuk generasi kini mengenali dan memahami dengan lebih terperinci tentang perjalanan seni Dondang Sayang ini. Menjadi satu kepastian bagi generasi sekarang untuk mendapatkan pendedahan tentang kewujudan Dondang Sayang dan memelihara seni warisan Dondang Sayang di Melaka. Kajian ini menemubual dua tokoh dalam seni Dondang Sayang iaitu Tuan Haji Idriss Bin Haji Shariff dan Encik Hairul Asraf Bin Abu Hussain. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mendalami secara terperinci tentang sejarah dan asal-usul Dondang Sayang. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk memperolehi maklumat daripada kedua-dua tokoh berkenaan Dondang Sayang Melayu dan Dondang Sayang Baba Nyonya. Diharapkan semua pihak dapat bersama-sama memastikan seni warisan Dondang Sayang ini terus dipelihara agar seni muzik yang berharga ini tidak dilupakan oleh masyarakat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nur Ain Syafiqah Abdullah Sani, Nurhani Sofea Mohd Subki, Jannatul Iza Ahmad Kamal, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.