Putaran Abadi: Legenda Gasing Pangkah Encik Muszairen bin Mustapa
Keywords:
Gasing Pangkah, Teknik Permainan, Sejarah Lisan, Strategi Permainan, Pemeliharaan Warisan BudayaAbstract
Kajian ini memfokuskan kepada permainan tradisional gasing pangkah yang merupakan salah satu warisan budaya penting di Malaysia. Permainan ini menekankan kemahiran, strategi dan ketahanan pemain dalam memastikan gasing terus berpusing serta mampu memangkah gasing lawan dengan tepat. Kaedah kajian yang digunakan ialah temubual bersama tokoh gasing pangkah iaitu Encik Muszairen bin Mustapa bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Melalui temu bual tersebut, pelbagai aspek telah dibincangkan termasuk teknik permainan, peraturan dan sistem pengadilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa permainan ini memerlukan kemahiran asas seperti teknik melilit tali, balingan dan kawalan gasing. Secara keseluruhannya, gasing pangkah bukan sahaja permainan tradisional tetapi juga simbol identiti budaya yang perlu dipelihara.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nur Farhana Zamri, Nurafiqah Azman, Wan Satirah Wan Mohd Saman, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
