Sejarah Masjid Ar-Raudhah Seksyen U10, Persiaran Pulau Angsa, Puncak Perdana: Perkisahan sejarah.
Keywords:
Sejarah, Masjid, Ar-Raudhah, Pembangunan, Cabaran, ManfaatAbstract
Kajian ini dibuat bagi mengetengahkan sejarah pembangunan masjid yang mana dikenalpasti sebagai Masjid Ar-Raudhah U10, Persiaran Pulau Angsa, Puncak Perdana, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini telah dibuat secara kualitatif iaitu dengan menemubual Encik Zainal Abidin bin Shaik Zakaria. Antara objektif kajian ini ialah untuk mengetahui sejarah pembinaan bangunan Masjid Ar-Raudhah, cabaran yang dihadapi dalam pembangunan Masjid Ar-Raudhah dan mengkaji manfaat pembangunan Masjid Ar-Raudhah di kalangan masyarakat pada masa akan datang. Dalam temubual yang dijalankan, beliau menceritakan tentang biodata, latar belakang pendidikan, sejarah awal Masjid Ar-Raudhah, cabaran dan manfaat pembangunan Masjid Ar-Raudhah di kalangan masyarakat. Sebagai penutup wawancara ini, Encik Zainal Abidin bin Shaik Zakaria memberi sedikit pandangan tentang harapan beliau untuk menjadikan Masjid Ar-Raudhah dikenali diseluruh negara dan masjid ini dapat menjadi teladan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam era globalisasi. Melalui hasil kajian ini, maklumat mengenai sejarah awal Masjid Ar-Raudhah dan pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunannya dapat diketahui. Akhir kata, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memelihara sejarah pembangunan masjid ini kerana masjid merupakan institusi keagamaan yang paling penting dalam Islam khususnya berkaitan dengan aspek pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nur Abdah Solehah Mohammad Yassin, Nur Fatemah Zainudin, Ahmad Zam Hariro Samsudin, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.