Menerokai Sejarah Penubuhan Surau Cahaya SPK

Authors

DOI:

https://doi.org/10.64382/536fxr59

Keywords:

Cahaya SPK, surau, sejarah, penubuhan, penambahbaikan, bangunan

Abstract

Transkrip ini mengandungi temubual bersama Dato’ Haji Zon Bin Abdul Hamid dan Saiful Maznil Bin Othman mengenai pengalaman mereka sebagai ahli jawatankuasa surau yang mengetahui berkaitan surau sejak di awal penubuhan Surau Cahaya SPK. Temubual ini dijalankan di Surau Cahaya SPK, Shah Alam, Selangor pada hari Khamis, 20 Jun 2024 dan Ahad, 23 Jun 2024, kedua-duanya bermula pada 3:30 petang. Beliau berdua merupakan ahli jawatankuasa yang aktif sejak 2014 dan bekerjasama bersama pihak surau yang lain dalam menambahbaik keadaan surau dan mengaktifkan penglibatan surau. Kandungan transkrip ini merangkumi latar belakang dan sejarah penubuhan Surau Cahaya SPK dan bagaimana pihak surau mampu menambahbaik keadaan surau hingga kini mampu menjadi surau sebagai tempat aktif ibadah dan program-program lain. Selain itu, di dalam transkrip ini juga membincangkan faktor-faktor penubuhan Surau Cahaya SPK dan mengapa surau ini dibina di tempat tersebut. Seterusnya, di dalam transkrip ini juga menceritakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak surau dalam misi membangun dan menambahbaik Surau Cahaya SPK supaya menjadi tempat yang aktif untuk penduduk berkunjung dan melakukan ibadah serta menghadiri program-program yang dijalankan oleh pihak surau.

Downloads

Published

2024-10-16

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>