Memartabatkan Alam Kesenian Persembahan Dikir Barat

Authors

  • Mohamad Amirzul Nor Azizi
  • Nur Firzanah Jamaludin
  • Mazwani Ayu Mazlan
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

Sejarah lisan, Seni warisan tradisional, Encik Mohd Sulhie bin Yusof, Akademi Arjunasukma, Dikir Barat

Abstract

Kajian ini mendokumentasikan tentang biografi dan sumbangan Encik Mohd Sulhie bin Yusof melalui sejarah lisan iaitu pengasas Akademi Arjunasukma dalam usaha memartabatkan Warisan Seni Dikir Barat. Persembahan seni muzik tradisional Melayu yang disampaikan secara berkumpulan menggabungkan elemen berbalas pantun, syair yang diselitkan dengan unsur nasihat dan dakwah dalam hiburan. Berdasarkan temubual lisan yang dijalankan pada 17 Jun 2026. Objektif kajian adalah untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan seni warisan tradisional, mendokumentasikan sejarah dan keunikan dalam persembahan Dikir Barat dan menilai pengalaman peribadi tokoh dalam memahami nilai moral dan isi tersirat yang disampaikan. Temubual mendalam dijalankan secara bersemuka di Akademi Arjunasukma, Taman Sri Gombak, Selangor. Kajian meneliti bahawa Encik Mohd Sulhie bin Yusof memanfaatkan ilmu dengan mengajar di beberapa buah Universiti di Malaysia dalam subjek mata pelajaran kokurikulum merupakan pendekatan beliau dalam memelihara warisan Dikir Barat. Berminat dalam Dikir Barat kerana beliau ingin melahirkan generasi yang bijak dan pandai dalam membawa persembahan seni warisan ke arah yang lebih tinggi. Elemen dikir yang disampaikan kepada penonton membawa mesej serta nasihat yang berguna kepada masyarakat supaya dapat merubah pandangan mata mereka yang menilai hiburan sebagai salah satu perkara yang melalaikan. Dengan adanya pelapis Dikir Barat yang diajar secara profesional dan intelektual membolehkan persembahan seni warisan ini dapat mencerminkan identiti sebuah bangsa Melayu di persada dunia.n

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >>