Dua Lapis, Satu Jiwa: Legasi “Melayu Pop” Dato’ Haron Mokhtar.
Keywords:
tenpin warisan, seni visual Melayu, sejarah lisan, dokumentasi, SelangorAbstract
Kajian ini mendokumentasikan biografi dan sumbangan Dato' Haron Mokhtar dalam bidang seni visual Melayu melalui kaedah sejarah lisan. Seni visual Melayu merupakan warisan budaya tidak ketara yang semakin terhakis akibat arus pemodenan dan kurangnya dokumentasi sistematik. Ramai tokoh seni tempatan yang telah memberi sumbangan besar tida didokumentasikan secara mendalam, menyebabkan pengetahuan dan falsafah seni mereka berisiko pupus. Objektif kajian adalah untuk merekodkan latar belakang kehidupan, perjalanan kerjaya, dan falsafah seni Dato' Haron Mokhtar, menganalisis cabaran dan strategi kelangsungan hidup beliau, serta menghasilkan transkrip temu bual dan arkib digital untuk rujukan penyelidik dan masyarakat. Temu bual ini telah dijalankan secara bersemuka di Galeri Merah Teratak Anak Amas, Sungai Besar, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Dato' Haron Mokhtar memperkenalkan konsep "Melayu Pop" yang menggabungkan seni bina tradisional Melayu dengan persembahan warna ala Pop Art serta gaya lukisan dua lapisan yang unik. Beliau turut mengembangkan tiga simbolisme warna iaitu warna korporat, warna sutera, dan warna kehidupan. Sepanjang kerjaya, beliau menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan sokongan awal dan kegagalan pada tahun 1990, namun bangkit semula dengan pameran Siri Kasih Sayang pada tahun 1994 serta menjalin hubungan istimewa dengan Sultan Selangor yang membeli lebih 300 lukisan dan menitahkan pembukaan galeri pada tahun 2021. Kajian ini menyumbang kepada pemeliharaan warisan budaya tidak ketara dan menyediakan bahan rujukan penting tentang tokoh seni visual Melayu untuk generasi akan datang.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Alia Rahmatunnisa Mohd Rosly, Qurratu 'Aina Mohamad Solleh, Nik Azliza Nik Ariffin, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
