Menyelusuri Sejarah dan Latar Belakang Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
DOI:
https://doi.org/10.64382/2zrsz030Keywords:
Masjid Diraja, Tuanku Sultan Selangor, Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Jabatan Agama Islam Selangor, Kerajaan Negeri SelangorAbstract
Terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah di Malaysia yang terbiar akibat kecuaian dan kesilapan manusia. Masalah seperti projek tergendala dan pembatalan kontrak pembinaan dari pihak kerajaan dan swasta merupakan antara punca permasalahan ini berlaku. Sekiranya masalah ini berlaku secara berterusan, ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara seperti pihak kerajaan perlu membelanjakan kos tambahan untuk menyelenggara bangunan-bangunan terbiar tersebut. Sumber yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan lain terpaksa ditangguhkan untuk menangani masalah bangunan-bangunan lama ini. Seterusnya, bangunan-bangunan seperti masjid yang ada di Malaysia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yang telah mencerminkan kepelbagaian budaya dan sejarah seperti rekaan seni bina, penggunaan seni ukiran kayu dan lain-lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejarah penubuhan dan pembangunan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Di samping itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui faktor penubuhan pembangunan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong dan juga untuk mengetahui struktur dan fungsi setiap bentuk bangunan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Hanis Khairina Muhammad Rusdan, Nurul Izzah Mohd Roseliza, Hazila Timan, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.