Meniti Kejayaan: Impian Dikejar, Harapan Dibina. Menyingkap Kisah Datuk Ireland Mohar Abdul Rahman.
DOI:
https://doi.org/10.64382/xyr7h978Keywords:
IMAR, Maritim, Marin, KapalAbstract
Kajian ini meneliti sejarah penubuhan dan pencapaian Syarikat Imar Maju Sdn Bhd, sebuah syarikat terkemuka dalam industri maritim Malaysia. Melalui temubual mendalam bersama Datuk Ireland Mohar Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, maklumat diperoleh mengenai latar belakang pendidikan dan pengalaman profesional beliau dalam bidang kejuruteraan perkapalan. Kajian ini juga mendedahkan cabaran utama yang dihadapi semasa penubuhan syarikat, termasuk pengumpulan modal serta pengurusan tenaga kerja, dan bagaimana syarikat tersebut memanfaatkan sumber tempatan untuk menyokong pembangunan komuniti maritim di Manjung, Perak. Pencapaian utama, seperti pengenalan bot elektrik (EV) sebagai inovasi teknologi dan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan serta badan kerajaan, menonjolkan peranan Imar Maju dalam memajukan sektor maritim negara. Kajian ini menyediakan pandangan unik tentang kepentingan pembangunan industri maritim tempatan yang mampan serta potensi kolaborasi strategik dalam meningkatkan daya saing industri ini di Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nurshahira Zayeed Imran, Sharifah Nur Maisarah Syed Yasin, Ahmad Zam Hariro Samsudin, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.