Meneroka jejak asal Kampung Budiman.
Keywords:
Kampung Budiman, asal-usul, tradisi, ekonomi, sejarahAbstract
Kampung Budiman merupakan salah satu kampung yang terdapat di Selangor, Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik sejarah Kampung Budiman di Klang, Selangor melalui pendekatan sejarah lisan. Melalui proses temubual dengan tokoh utama seperti Ketua Keselamatan MPKK Kampung Budiman dan Ketua Kampung, kajian ini menggali aspek-aspek sejarah, ekonomi, dan tradisi kampung tersebut. Dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur, kajian ini merekodkan pengalaman dan memori tokoh-tokoh kunci sebagai sumber primer. Selain itu, dokumen-dokumen yang relevan juga dianalisis untuk memperkaya pemahaman tentang asal usul kampung dan aktiviti tradisional yang membentuk identiti kampung tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam memahami, memelihara, dan menyebarkan warisan budaya serta sejarah Kampung Budiman, sambil memberi panduan untuk kajian serupa di kawasan lain.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Ericca Damius, Valentina Mening Laut, Mohd Nizam Yunus, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.