Menjejaki Keunikan Pembinaan Masjid Bulat, Petaling Jaya
Keywords:
Keunikan, Sejarah, Masjid Bulat, Pembinaan, SenibinaAbstract
Kajian ini dilakukan bagi mengetengahkan sejarah pembinaan Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya lebih dikenali dengan julukan Masjid Bulat. Antara objektif kajian ini ialah untuk mendokumentasikan sejarah awal pembinaan Masjid Bulat, merungkai keunikan seni bina Masjid Bulat dan mengkaji manfaat pembangunan Masjid Bulat di kalangan masyarakat setempat. Dalam temu bual yang dijalankan Bersama Tuan Haji Sohaimi bin Ismail yang merupakan pengurus di Masjid Bulat, beliau merentangkan latar belakang pendidikan, sejarah awal Masjid Bulat, reka bentuk dan seni binanya, dan kesan pembangunan kepada komuniti setempat. Di hujung wawancara ini, Tuan Haji Mohammad Sohaimi bin Ismail mengetengahkan matlamat beliau untuk menjadikan Masjid Bulat ini lebih diketahui ramai khususnya di seluruh negara dan menjadi teladan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam era moden ini. Kajian ini akan memberikan maklumat tentang sejarah awal pembinaan Masjid Bulat dan individu yang terlibat dalam pembangunannya. Akhir kalam, semua pihak harus bekerjasama untuk memelihara dan memulihara sejarah pembinaan masjid ini kerana masjid adalah institusi keagamaan yang paling penting dalam Islam, terutamanya berkenaan dengan pendidikan dan pembangunan komuniti.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Nur Anisha Shazlin Sidek, Siti Nur Nabihah Muhamad Fairul Anuar, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.