Menelusuri Adat Dan Budaya Hari Gawai Dayak

Authors

  • Ricky Anak Edwin Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Muhammad Hafiz Fakrul Zaman @ Hamdan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Mohd Nizam Yunus Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0000-0001-8610-4086 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/wqhwv529

Keywords:

Gawai, Dayak, Kampung, Adat, Sarawak

Abstract

Kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan pengalaman seseorang dalam sambutan Hari Gawai Dayak yang sangat berpengalaman serta mempunyai gelaran yang layak sebagai orang lama dalam adat dan kebudayaan sambutan Hari Gawai Dayak tersebut. Hillary Chukan Briak ialah mantan ketua kampung, yang kini telah diwariskan kepada anak beliau, bertempat di Rumah Panjang Jackery Hillary Chukan, Sungai Menyan, Sibu, Sarawak. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam tatacara dan adat serta budaya semasa sambutan Hari Gawai Dayak. Artikel ini menekankan tentang sejarah awal, dan mendedahkan adat-adat serta budaya dalam sambutan Hari Gawai Dayak. Selain itu, artikel ini juga menyatakan kepentingan dan sumbangan dalam memelihara adat dan kebudayaan orang Dayak. Sumber rujukan bagi artikel ini adalah melalui laman sesawang, artikel ilmiah, buku, surat khabar dan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan sambutan Hari Gawai Dayak. Kajian ini diharapkan boleh dijadikan sumber kepada pengkaji yang memerlukan kajian ilmiah yang lebih mendalam mengenai adat dan budaya sambutan Hari Gawai Dayak ini. Kajian ini turut mempunyai kepentingan dari segi mengekalkan maklumat dan pengetahuan terutamanya kepada generasi masa sekarang agar ianya dapat dijadikan panduan dan sumber motivasi yang berkualiti pada masa yang akan datang.

Downloads

Published

2024-10-16

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 > >>