Melestarikan Sejarah Seni Warisan Budaya Tarian Piring Selangor
DOI:
https://doi.org/10.64382/whnkgs91Keywords:
Warisan, Budaya, Tarian Piring, Selangor, KesenianAbstract
Kajian ini membincangkan Tarian Piring Selangor sebagai salah satu warisan budaya yang penting di negeri Selangor. Tarian ini bukan sahaja mewakili keunikan seni persembahan tradisional, tetapi juga menjadi simbol identiti budaya bagi masyarakat setempat. Melalui metodologi sejarah lisan dan temu bual dengan tokoh-tokoh yang berperanan dalam pemeliharaan tarian ini, kajian ini mendalami sejarah, perkembangan, dan makna budaya di sebalik tarian piring. Dapatan kajian menunjukkan bahawa usaha pemuliharaan yang berterusan adalah penting untuk memastikan tarian ini diwarisi oleh generasi akan datang. Penelitian ini juga membincangkan tentang cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan tarian piring di alaf baru ini, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mempromosikan dan memelihara seni warisan ini.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Rabiatul Addawiah, Nur Anis Nabila Borhan, Marlia Idrus, Jafalizan Md Jali

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.