Mencipta Seni Dengan Menggunakan Cat Air: Langkah Mudah Menuju Karya Hebat.

Authors

  • Siti Syaufina Sadle Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Nur Farhanah Rosli Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Jannatul Iza Ahmad Kamal Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0000-0001-6476-8519 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/zynhx384

Keywords:

Seni catan air, warisan, seni budaya,, pelukis, Malaysia

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang perjalanan hidup dan pengalaman Encik Abu Sareh Bin Haron yang merupakan seorang tokoh seni catan air yang dihormati di Malaysia. Selain sebagai pelukis, Encik Abu Sareh juga seorang pendidik yang telah memperkenalkan seni catan air kepada generasi muda, menggunakan kaedah pengajaran untuk melestarikan warisan budaya dan mengembangkan kreativiti pelajar. Penulisan ini mengisahkan tentang latar belakang Encik Abu Sareh serta cabaran yang dihadapi beliau sepanjang kariernya sebagai pelukis dan pendidik. Seni catan air, yang menjadi medium utama beliau, dipandang sebagai warisan budaya yang perlu dihargai dan dipelihara. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mendokumentasikan warisan seni catan air dengan memfokuskan penggunaan teknik catan air, mengkaji pengaruh budaya dalam seni catan air serta mengenalpasti usaha dan inisiatif dalam memperkayakan seni catan air di Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah sejarah lisan melalui wawancara bersemuka bersama tokoh telah diadakan bagi memperoleh maklumat yang relevan dan komprehensif. Dapatan yang diperolehi dianalisis dan disusun dalam bentuk transkrip sebagai dokumentasi lengkap. Diharapkan dokumentasi ini dapat memperkukuhkan penghargaan terhadap seni visual tradisional serta mendorong lebih ramai individu, khususnya generasi muda, untuk menghargai dan mewarisi seni catan air.

Downloads

Published

2025-03-11

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 > >>