Warisan Seni Lukis: Kisah Dan Pengalaman Pelukis Tempatan.
DOI:
https://doi.org/10.64382/62sw2309Keywords:
Tuan Mustafa Bin Yahya, Tuan Samsudin Bin Harun, Seni Lukis, Tokoh Seni Daerah Hulu Langat, Pengalaman, Cara PenyimpananAbstract
Transkrip ini mengandungi rakaman temu bual bersama dua orang tokoh dalam bidang seni lukis iaitu Tuan Mustafa Bin Yahya atau lebih dikenali sebagai Pak Mus dan juga Tuan Samsudin Bin Harun berkenaan latar belakang dan pengalaman mereka sepanjang melibatkan dìri dalam bidang seni lukis. Dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur, membolehkan pengkaji mencatat dan merakamkan proses temu bual bersama dengan tokoh sebagai sumber primer. Soalan temu bual dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama merupakan bahagian berasaskan orientasi berkenaan latar belakang tokoh, keluarga dan juga pendidikan. Bahagian kedua berkenaan bahagian umum seperti penglibatan tokoh dalam bidang seni lukis dan pendapat. Manakala, bahagian ketiga pula adalah soalan spesifik yang menceritakan, pengalaman awal, cabaran, cara menyimpan hasil lukisan serta pengalaman dianugerahkan menjadi tokoh seni daerah. Bahagian terakhir pula menceritakan tentang harapan, pendapat, nasihat, dan impian. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang isu yang dikaji, membantu dalam pembangunan dasar, menyediakan panduan untuk penyelidikan masa depan, serta menyokong perkembangan pengetahuan dalam bidang tersebut. Melalui projek sejarah lisan ini, generasi muda boleh membuat rujukan mengenai seni lukis di Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Mohammad Ammar Ryzwal Frankie Rizal, Zafri Fahim Saiful Bahri, Jafalizan Md Jali, Mohd Nizam Yunus

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.