Keunikan Dan Keistimewaan Dikir Barat Dalam Mempertahankan Seni Budaya Kelantan; Mohd Razi Che Wil.
Keywords:
Rozi Kemang Berduri, Dikir barat, Keunikkan, Keistimewaan, Dikir Barat ModenAbstract
Artikel ini meliputi hasil kajian selepas temubual yang telah diadakan bersama lagenda dikir barat negeri Kelantan iaitu Mohd Razi Bin Che Wil atau lebih dikenali sebagai Rozi Kemang Berduri. Temubual ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman beliau terhadap keunikan dan keistimewaan dikir barat. Hal ini kerana, persembahan dikir barat ini tidak luput ditelan zaman dan sehingga kini dapat dilihat dikir barat masih menjadi simbolik atau tarikan di Negeri Kelantan. Namun dengan adanya dikir barat moden, kedudukan seni budaya dikir barat menjadi goyah. Justeru itu, Mohd Razi Bin Che Wil merupakan salah seorang penggiat seni dikir barat sebagai Tok Juara iaitu dalam bidang nyanyian. Oleh yang demikian sepanjang bergelar Tok Juara, pelbagai lagu telah dinyanyikan dan dihasilkan oleh beliau. Lagu -lagu beliau juga masih menjadi pilihan generasi muda untuk dinyanyikan dalam persembahan dikir barat. Beliau juga telah dianugerahkan “Ikon Tok Juara” di Malam Himpunan Dikir Barat 2022 oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK) serta kerjasama Persatuan Dikir Barat Negeri Kelantan (PENDIKIR), pandangan beliau berkaitan dengan keunikan dan keistimewaan disebalik dikir barat ini amat berharga, dan temubual ini juga sekaligus tertumpu kepada latar belakang dan sumbangan beliau di dalam dikir barat. Temubual ini memberikan pengetahuan yang dapat membuka minda generasi muda untuk mempertahankan lagi budaya Dikir Barat yang sedia ada bukan sahaja di negeri Kelantan, malah di negeri-negeri seluruh Negara Malaysia.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Wan Nursyaza Ainaa Wan Mazri, Wan Nurfitri Athirah Wan A. Azlan, Nurulannisa Abdullah, Noor Arina Md Arifin

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
