Menjejak Warisan “Tapa Seni Rimba”: Perjalanan, Falsafah Berkarya dan Sumbangan Sosiobudaya Encik Mustafa bin Yahya

Authors

  • Nur Azreen Natasya Idris
  • Nur Yasmin Syazwani Abdullah
  • Nordiana Mohd Nordin
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

sejarah lisan, Mustafa Bin Yahya, Tapa Seni Rimba, seni visual, seni lukis, seni komuniti, warisan budaya

Abstract

Artikel ini mengolah tentang rentetan hidup, perkembangan kerjaya, proses penghasilan karya serta sumbangan Encik Mustafa bin Yahya seorang tokoh seni budaya di daerah Hulu Langat, Selangor. Pendekatan kualitatif melalui kaedah sejarah lisan digunakan dalam kajian ini. Satu temubual telah dijalankan pada 13 Jun 2026 di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Dapatan menunjukkan minat Encik Mustafa terhadap seni bermula di zaman bangku sekolah lagi. Minat ini bukan kerana dipengaruhi oleh faktor luaran seperti keluarga beliau. Pembelajaran kendiri, pembacaan bahan rujukan, bimbingan guru dan interaksi dengan pelukis lain telah membantu beliau membina identiti diri sebagai seorang seniman. Kebanyakan karya beliau berteraskan alam semulajadi, flora dan fauna, kehidupan desa dan warisan tempatan sehingga beliau menerima gelaran “Tapa Seni Rimba”. Beliau turut menggunakan pelbagai medium seperti cat air, cat akrilik, cat minyak, pen dan pensel dalam menghasilkan karya beliau. Selain menghasilkan karya seni, beliau merupakan ahli yang aktif dalam Angkatan Pelukis SeMalaysia. Beliau telah mengadakan 11 pameron solo dan 45 pameran berkumpulan, serta mengajar seni kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) selama lebih 25 tahun. Kajian ini menyimpulkan bahawa Encik Mustafa bukan sahaja berperanan sebagai pelukis, bahkan seorang pendidik seni, pendokumentasi warisan dan penggerak seni komuniti yang wajar diberikan pengiktirafan serta didokumentasikan untuk generasi akan datang.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >>