Roda Warisan Melayu: Kelestarian dan Tradisi Kereta Lembu dalam Budaya Malaysia.

Authors

  • Adli Dhiyaulhaq Ada Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Mohamad Ikmal Izzat Rozmi Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Wan Satirah Wan Mohd Saman Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0000-0002-9728-1990 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/dagd0v31

Keywords:

Perusahaan Tradisional, Kereta Lembu, Melaka, Lembu, Warisan

Abstract

 Kajian ini bertujuan mendokumentasikan sejarah warisan Melayu yang semakin terpinggir akibat perkembangan teknologi pengangkutan di Malaysia. Sejak abad ke-15, kereta lembu digunakan secara meluas setelah diperkenalkan oleh masyarakat India ke Tanah Melayu. Pada awalnya kereta lembu hanya digunakan untuk mengangkut barang, hasil tanaman dan pertanian. Kini kereta lembu digunakan sebagai daya tarikan  pelancong di Malaysia. Namun begitu, walaupun kereta lembu dikenali ramai tetapi hasil kajian berkenaan warisan ini masih kurang berbanding warisan kraf lain yang wujud di Malaysia. Kajian ini bertujuan mendokumentasikan warisan kereta lembu yang dirakamkan melalui sejarah lisan atau transkripsi. Kaedah sejarah lisan membantu penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih serta dapat menyumbang kepada sumber rujukan pada masa hadapan. Ia dijalankan dengan mengadakan satu temu bual bersama pengusaha kereta lembu yang masih giat aktif sehingga kini, iaitu Encik Samsudin sebagai peneraju perusahaan milik keluarga beliau selama lima generasi. Kajian ini mendapati persaingan dengan kenderaan moden serta kurangnya minat generasi muda terhadap kereta lembu mengancam kelangsungan seni ini. Encik Samsudin bukan sahaja berusaha mengekalkan keaslian kereta lembu, malah memperkenalkannya sebagai produk pelancongan warisan. Kajian ini menekankan kepentingan dokumentasi kemahiran tradisional sebagai usaha pemuliharaan agar ia tidak lenyap ditelan zaman. Dengan inisiatif dan sokongan masyarakat, kereta lembu berpotensi menjadi satu lagi ikon pelancongan yang membanggakan sekaligus memelihara warisan negara.

Downloads

Published

2025-03-11

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>