Biar Bayang-Bayang Berbicara: Episod Wayang Kulit Gedek.

Authors

  • Nur Aimi Nadia Hamzah Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Nurul Syahirah Mohd Najeeb Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Ap-Azli Bunawan Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0000-0003-2059-9797 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/dg8fv051

Keywords:

wayang kulit, Patung, Bayang-bayang, Warisan Seni, Gedek

Abstract

 Wayang  Kulit Gedek berasal  daripada  Thailand. Wayang  kulit ini  kurang  diketahui orang  ramai tentang kewujudannya. Kajian yang  kami jalankan mengenai semua aspek Wayang Kulit Gedek iaitu dari asal-usulnya, teknik- teknik pembuatan patung, sehingga cara wayang kulit dipersembah. Dalam kajian kes ini, kami telah menemu bual dua orang  tokoh yang  sangat berpengalaman dalam warisan seni  Wayang  Kulit Gedek. Temubual ini telah  dijalankan oleh saudari Nur Aimi Nadia Binti Hamzah dan saudari Nurul Syahirah Binti Mohd Najeeb dengan Encik Azhar bin Rusli dan Encik Norizan Bin Abdullah. Tembual pertama adalah dengan Encik Azhar Bin Rusli. Temubual   ini dijalankan di tempat kediaman beliau di Hadapan Sek Keb Jelempok, 02600 Arau, Perlis pada hari khamis, 7 November 2024   pada jam 11.50 pagi  hingga  2  petang.  Beliau  telah  bergiat  aktif  dalam  warisan  seni  ini  sejak  dari  kecil  lagi.  Tambahan  lagi,  beliau mempunyai kumpulan Wayang Kulit Gedek di tempat beliau dan telah membuat persembahan seni ini di merata tempat di dalam dan luar negara. Selain itu, tembual    ini membahaskan tentang asal-usul Wayang Kulit Gedek dan ke semua aspek Wayang  Kulit  Gedek  dengan  lebih  mendalam.  Seterusmya,    tembual  kedua  pula  adalah  dengan  Encik  Norizan  Bin Abdullah. Beliau merupakan kenalan rapat Encik Azhar Bin Rusli dan bergiat aktif dalam warisan seni ini sejak tiga puluh tahun lalu. Temubual  ini dijalankan secara dalam talian pada hari jumaat, 10 Januari 2025 pada jam 5.50 petang hingga 6.39  petang.  Temubual ini dijalankan  untuk menguatkan  kesahihan temubual  sebelumnya dan mendapatkan maklumat tambahan tentang Wayang Kulit gedek ini. Beliau memberikan maklumat yang sama seperti Encik Azhar Bin Rusli.

Downloads

Published

2025-03-11

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>