Menjejak Sejarah Jabatan Arkib Universiti (JAU) Teknologi MARA (UiTM)

Authors

  • Nurasyirah Abdul Ghani Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Nurul Sarah Izzeti Mohd Salleh Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Jafalizan Md Jali Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/r298zn43

Keywords:

Pembangunan, Warisan, Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam

Abstract

Bangunan memainkan peranan penting dan memberikan nilai tambah kepada kehidupan sama ada dari aspek sosial, ekonomi serta persekitaran dalam pelbagai sektor. Lantaran itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengetengahkan kepentingan bangunan dari perspektif sejarah sebagai suatu warisan yang perlu dilestarikan. Kajian ini juga berpotensi dalam memberi gambaran terhadap kepentingan pemuliharaan dan pengukuhan terhadap sesuatu bangunan sebagai salah satu aspek yang melambangkan identiti dan sejarah warisan sesuatu komuniti atau organisasi. Kajian ini memfokuskan terhadap sejarah salah satu jabatan yang telah lama ditubuhkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu menjurus kepada Jabatan Arkib Universiti (JAU) yang terletak di UiTM Shah Alam. Kajian ini  merungkai dan memberikan pendedahan terhadap Arkib Universiti menerusi beberapa persoalan yang dikemukakan dari aspek penubuhan, isu dan cabaran, serta keterlibatan dokumen-dokumen penting. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah Sejarah Lisan dengan menemu ramah bersama dua tokoh yang terlibat dalam penubuhan Arkib Universiti bagi mengumpulkan maklumat-maklumat dari sumber yang utama atau primer.

Downloads

Published

2024-10-16

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>