Merungkai Sejarah Anyaman Ketupat

Authors

  • Muhammad Hazwan Abu Hanipah Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Tengku Irfan Shauqi Tengku Ahmad Faizal Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor
  • Mohd Nizam Yunus Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0000-0001-8610-4086 (unauthenticated)
  • Jafalizan Md Jali Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/b60a8h42

Keywords:

Anyaman ketupat, Seri Dewi Binti Tawil, Antarabangsa, Asia tenggara, Tanah air

Abstract

Kajian yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan seni anyaman ketupat di tanah air dengan menemu bual tokoh dalam bidang tersebut. Nama tokoh tersebut ialah, Seri Dewi Binti Tawil iaitu seorang penduduk kampung di Bukit Changgang dan mempunyai pengalaman selama 44 tahun dalam bidang terbabit. Artikel ini menekankan mengenai sejarah awal serta pengalaman tokoh dalam bidang tersebut. Selain itu, artikel turut menyatakan kepentingan dan sumbangan kajian terhadap masyarakat. Sumber rujukan bagi artikel ini adalah melalui medium laman sesawang, artikel ilmiah, buku, surat khabar dan jurnal-jurnal berkaitan dengan seni anyaman ketupat. Oleh itu, kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji yang memerlukan kajian ilmiah yang lebih mendalam mengenai seni anyaman ketupat di tanah air ini. Kajian ini turut mempunyai kepentingan dari segi mengekalkan maklumat dan pengetahuan terutamanya kepada generasi milenial agar ianya dapat dijadikan panduan dan sumber motivasi yang berkualiti pada masa mendatang. 

Downloads

Published

2024-10-16

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 5 > >>