Memutar Tradisi, Memangkas Zaman: Evolusi Permainan Gasing Pangkah Bersama Encik Muhammad Junaidee Mohd Jais

Authors

  • Ain Assyifa Norisam
  • Nur Sabrina binti Asri
  • Mohd Nizam Yunus
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

Sejarah Lisan, Gasing Pangkah, Warisan Tradisional, Inovasi Gelanggang, Modul Latihan

Abstract

Kajian sejarah lisan ini dijalankan untuk mendokumentasikan biografi, sumbangan, serta evolusi teknikal permainan tradisional Gasing Pangkah melalui pengalaman Encik Muhammad Junaidee bin Mohd Jais. Beliau merupakan seorang pengamal tegar, Fasilitator Seni Budaya Negara, serta jurulatih dan pengadil bertauliah yang telah menceburi bidang ini selama lebih tiga dekad. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif menerusi sesi temu bual separa struktur yang dirakam bagi mengumpul data primer. Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan Gasing Pangkah telah mengalami transformasi teknologi yang signifikan, khususnya daripada penggunaan mesin pelarik manual kepada mesin motor elektrik, serta inovasi gelanggang getah mudah alih hasil kolaborasi bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini turut mendedahkan penstrukturan latihan gasing yang kini lebih sistematik melalui pengenalan empat modul rasmi. Walau bagaimanapun, sukan warisan ini masih berdepan cabaran kelangsungan akibat kekangan dana, kepupusan gelanggang fizikal di kawasan bandar, dan isu pengiktirafan peringkat tinggi. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dokumentasi sejarah lisan yang penting bagi usaha pemeliharaan budaya warisan negara, di samping menyokong usaha mendaftarkan Gasing Pangkah di bawah Jabatan Belia dan Sukan untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa hadapan.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >>