Kisah Seniman Seramik Raku, “Adil Abdul Ghani”

Authors

  • Nurainisya Mohd Rozni
  • Murni Shafiqah Binti Mohd Salahudin
  • Ezza Rafedziawati Kamal Rafedzi
  • Jafalizan Md Jali

Keywords:

Seramik, Raku, Teknik Jepun, RAAQUU, Malaysia

Abstract

Mendokumentasikan sejarah hidup tokoh serta penglibatan beliau dalam bidang pembuatan seramik di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang, pengalaman dan sumbangan beliau terhadap perkembangan seni seramik tempatan. Selain itu, kajian ini turut meneliti cara dan kaedah pembuatan bahan seramik yang diamalkan oleh beliau, termasuk proses penyediaan bahan, pembentukan, pembakaran dan penghasilan produk akhir. Maklumat kajian diperoleh melalui kaedah temu bual bersama tokoh dan disokong oleh sumber rujukan yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penghasilan seramik memerlukan kemahiran, kreativiti dan ketelitian yang tinggi bagi memastikan produk yang dihasilkan mempunyai nilai fungsi dan estetika. Kajian ini juga mendapati bahawa aktiviti seni pembuatan seramik di Malaysia telah mengalami perkembangan yang positif melalui penglibatan penggiat seni, institusi pendidikan, perusahaan seperti RAAQUU dan pelbagai program yang mempromosikan warisan seni tempatan. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat meningkatkan pemahaman mengenai sejarah hidup dan pengalaman tokoh dalam bidang seramik di samping memberikan pendedahan tentang teknik pembuatan seramik dari segi teknik Jepun yang dipanggil raku serta perkembangan seni seramik sebagai salah satu warisan budaya yang penting di Malaysia.

Downloads

Published

2026-10-01

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5 6 7 > >>