Dari Buluh ke Langit: Pesona Wau di Langit Malam Kelantan.

Authors

  • Muhammad Nur Hizatul Hafizan Borhan Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Nur Afifah Abdul Razak2 Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor
  • Jafalizan Md Jali Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-7236-9863 (unauthenticated)
  • Nik Azliza Nik Ariffin Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi, MARA, Kampus Puncak Perdana, Selangor https://orcid.org/0009-0009-9609-5166 (unauthenticated)

DOI:

https://doi.org/10.64382/faedvx53

Keywords:

wau, nilai seni, tradisi, warisan, sejarah, pembuatan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan dan menghidupkan kembali tradisi permainan wau, salah satu warisan budaya tradisional Malaysia yang kaya dengan nilai seni dan sejarah. Fokus utama kajian adalah proses pembuatan wau tradisional, motif hiasannya, serta peranannya dalam kehidupan masyarakat Melayu, dengan tumpuan khusus kepada pengalaman Encik Mohd Haniff bin Salleh, seorang pembuat wau muda dari Kelantan. Melalui pendekatan kualitatif dan sejarah lisan, kajian ini mengenal pasti cabaran utama dalam memelihara seni ini, termasuk kurangnya minat generasi muda, perubahan sosial, dan pengaruh teknologi moden. Selain menyingkap sumbangan permainan wau terhadap ekonomi tempatan dan identiti budaya negara, artikel ini juga mengusulkan langkah-langkah untuk memupuk kesedaran dan apresiasi terhadap seni wau. Diharapkan, hasil kajian ini dapat memastikan seni pembuatan wau terus diwarisi dan dihargai oleh generasi akan datang.

Downloads

Published

2025-03-11

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5