Tokoh Wanita Kelantan Resepi Kejayaan Dr Hafidzah Mustakim
Keywords:
Dr Hafidzah Mustakim, tokoh wanita, kelantan, kepimpinan, aktivis masyarakatAbstract
Doktor Hafidzah Mustakim adalah seorang doktor perubatan yang cintakan ilmu pengetahuan dan beliau menguasai pelbagai bidang ilmu bagi mempersiapkan diri untuk menabur bakti kepada keluarga, agama dan masyarakat. Selain daripada ilmu perubatan yang merupakan asas kepada bidang kerjaya beliau sekarang, beliau juga mendalami ilmu berkaitan pengurusan dan juga ilmu syariah Islam. Tujuan penyelidikan ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui pengalaman dan perjuangan tentang seorang doktor perubatan yang mendapat anugerah sebagai Tokoh Wanita Kelantan 2015. Kaedah kajian dijalankan dengan secara temu ramah dan pengumpulan data. Penyelidikan ini dilakukan dengan mengadakan temu ramah bersama tokoh melalui aplikasi Zoom. Sebanyak lebih 100 soalan dikemukakan, yang terdiri daripada latar belakang, sejarah pendidikan, kerjaya, dan pencapaian tokoh. Dr. Hafidzah merupakan calon yang sempurna untuk ditemuramah dan beliau juga memenuhi kriteria yang di inginkan dan beliau juga sangat aktif menyumbang kepada masyarakat dan terlibat dalam pelbagai program kemasyarakatan. Beliau juga seorang yang sangat disegani oleh ramai orang dan mempunyai profil peribadi dan kerjaya yang tinggi.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nurulannisa Abdullah, Noor Rahmawati Alias, Nur Aqilah Azman, Nur Alyaa Nazhirah Zawawi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.