Bintang Versatil Abang Don: Riezman Khuzaimi

Authors

  • Muhammad Haziq Abd Rahman
  • Nur Ayu Nadhirah Abu Bakar
  • Noor Rahmawati Alias
  • Noor Arina Md Arifin

DOI:

https://doi.org/10.64382/mdr6tv59

Keywords:

Industri Perfileman Tempatan, Artis Veteran, Riezman Khuzaimi, Filem Congkak, Pelakon

Abstract

Temu bual ini telah dilakukan bersama tokoh seniman Malaysia iaitu Mohd Rizman bin Mohd Khuzaimi atau juga dikenali sebagai Riezman Khuzaimi untuk mengetahui tentang kerjaya beliau dalam bidang lakonan, pengarahan dan penerbitan filem di Malaysia. Temu bual ini telah dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Tarikh temu bual tersebut adalah pada 28 Jun 2022 bersamaan dengan hari Selasa bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengahari. Tujuan temu bual ini adalah untuk mengkaji latar belakang, sejarah hidup dan sumbangan beliau sepanjang bergelar sebagai seorang penggiat seni lakonan, pengarah dan penerbit filem. Hasil temu bual menyatakan bahawa beliau mula bergelar seorang pelakon pada tahun 90-an. Sepanjang pembabitan dalam bidang lakonan, beliau pernah membintangi filem yang berjudul ‘Congkak’ hasil arahan daripada Ahmad Idham pada tahun 2008. Filem tersebut telah mendapat perhatian dari negara-negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand dan pernah ditayangkan di panggung Covent Garden, London. Selain daripada itu, beliau juga pernah membintangi filem antarabangsa seperti ‘Skyline Cruisers’ yang berasal dari Hong Kong pada tahun 2000, arahan daripada Wilson Yip Wai-Shun. Beliau turut menjadi pembantu pengarah bagi filem Mencari Cinta yang ditayangkan pada tahun 2013. Di dalam temu bual ini Riezman Khuzaimi juga mengulas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh artis veteran pada masa kini serta memberi pandangan mengenai industri perfileman tempatan.

Downloads

Published

2025-10-08

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>