Irama muzik keroncong: Warisan seni muzik Melayu yang kian dilupakan.

Authors

Keywords:

muzik keroncong, seni muzik, muzik tradisional, Raftah Bachik, Mariam Ahmad.

Abstract

Muzik keroncong merupakan salah satu seni muzik tradisional Melayu yang didendangkan pada awal tahun 1970-an lagi dan sehingga kini masih lagi didengari segelintir rakyat Malaysia. Dikatakan bahawa muzik keroncong ini merupakan pengaruh yang dibawa oleh negara seberang di Indonesia ke Malaysia sewaktu penjajahan orang Belanda berlaku di negara mereka. Irama muzik keroncong ini juga mengetengahkan lirik lagu yang mempersembahkan sebuah penceritaan yang berunsurkan elemen alam, nasihat dan juga kisah daripada penulis lagu itu sendiri. Artikel ini berpaksikan daripada pembacaan di akhbar, sumber internet dan sesi temu bual bersama dua tokoh muzik keroncong iaitu Raftah Bachik dan Mariam Ahmad. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni lagu muzik keroncong serta bacaan kepada yang ingin mengetahui tentang seni muzik keroncong dan penerimaan muzik ini terhadap masyarakat Malaysia. 

Downloads

Published

2024-04-05

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2 3 4 5