e-HappinessIndex: Sistem Pemantauan Indeks Kegembiraan Staf

Authors

  • Nurhanim Hanani Mohammad National Defense University Malaysia
  • Zuraini Zainol National Defence University of Malaysia image/svg+xml
  • Ummul Fahri Abdul Rauf National Defense University Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.64382/mjii.v4i1.95

Keywords:

indeks kegembiraan, agile, kesihatan mental, persekitaran positif, pemantauan

Abstract

Kebimbangan terhadap kesihatan mental di kalangan pekerja semakin meningkat di Malaysia. Statistik menunjukkan terdapat peningkatan kes bunuh diri dan masalah kesihatan mental di kalangan pekerja, khususnya golongan pekerja berumur 27 hingga 44 tahun. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tidak terkecuali daripada isu ini, terutamanya dengan kebanyakan staf daripada generasi Y. Oleh itu, sistem e-HappinessIndex dibangunkan sebagai solusi untuk mengukur dan memantau kegembiraan serta kesejahteraan mental mereka. Sistem ini bertujuan untuk membentuk persekitaran kerja yang positif dengan memanfaatkan konsep Gross National Happiness (GNH). Melalui soalan-soalan yang merangkumi pelbagai aspek seperti (a)  persekitaran di tempat kerja, (b) persepsi terhadap majikan, (c) hubungan dalam organisasi, (d) kemudahan dan kebajikan, (e) pembangunan kerjaya dan pengiktirafan, dan (f) domain psikologi, sistem ini memberikan gambaran holistik terhadap kegembiraan staf. Pendekatan ini dapat membantu pihak pengurusan mengenal pasti masalah dan mengambil tindakan sewajarnya. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL, sistem ini membolehkan staf mengisi penilaian dan melihat hasil indeks kegembiraan mereka. Keputusan ini dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan yang bermakna untuk meningkatkan kesejahteraan staf. Kesimpulannya, sistem ini merupakan langkah proaktif untuk menjaga kesejahteraan mental pekerja di UPNM, dengan harapan dapat memberikan sumbangan positif terhadap pembinaan persekitaran kerja yang seimbang dan berdaya maju.

Downloads

Published

2024-11-21

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)