Pembangunan Sistem Pengurusan Projek Sarjana Muda (PSM)

Authors

  • Muhammad Zulfahmi Mohd Tan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Zuraini Zainol Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Yuhanim Hani Yahya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Puteri NE Nohuddin Faculty of Business, Higher Colleges of Technology, Sharjah

Keywords:

Sistem Pengurusan PSM, pengurusan projek pelajar, Sistem berasaskan web, Metodologi Agile

Abstract

Projek Sarjana Muda (PSM) merupakan komponen teras dalam program pengajian sarjana muda yang bertujuan memberikan pendedahan awal terhadap proses penyelidikan dan aplikasi ilmu secara praktikal. Walau bagaimanapun, pengurusan PSM sedia ada masih dijalankan secara manual dan melalui platform berasingan menimbulkan pelbagai kekangan, termasuk kesukaran pemantauan status pelajar, pengagihan penyelia secara tidak seimbang serta risiko ketidakselarasan maklumat. Sehubungan itu, kajian ini membangunkan Sistem Pengurusan PSM berasaskan web bagi Jabatan Sains Komputer, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk memperkemas proses pemilihan penyelia, pengurusan cadangan tajuk, dan pemantauan pelajar secara berpusat. Pembangunan sistem ini menggunakan pendekatan System Development Life Cycle berasaskan metodologi Agile bagi memastikan pembangunan yang iteratif dan responsif terhadap keperluan pengguna. Sistem ini melibatkan tiga pengguna utama iaitu pelajar, penyelaras dan penyelia serta menyokong fungsi pengurusan kuota penyeliaan dan pemadanan bidang kepakaran penyelia. Perisian Visual Studio  Code (VSC) digunakan sebagai platform penulisan kod, manakala XAMPP dan phpMyAdmin digunakan sebagai persekitaran pembangunan. XAMPP bertindak sebagai local server (pelayan tempatan) dan phpMyAdmin sebagai sistem pengurusan pangkalan data untuk menyimpan data projek, pelajar, penyelia, dan penyelaras. Secara keseluruhannya, sistem yang dibangunkan meningkatkan kecekapan pengurusan PSM, mengurangkan kebergantungan kepada kaedah manual serta menyokong pelaksanaan pengurusan akademik yang lebih sistematik dan telus. 

References

Amaludin, N. F., & Zainol, Z. (2025). Pembangunan Sistem Penilaian Pemarkahan Projek Sarjana Muda. Malaysia Journal of Invention and Innovation, 4(1), 43-55.

Borhanuddin, H., & Mohamed, R. (2023). Sistem Pemilihan Penyelia PSM FSKTM (SPP UTHM). Applied Information Technology And Computer Science, 4(1), 1176-1193.

Bruton, L. (Producer). (2023, January 5). UX Design Institute. Retrieved from https://www.uxdesigninstitute.com/blog/why-ux-testing-is-so-important/

Dennis, A., Wixom, B. H., & Tegarden, D. (Producer). (2020, Nov 17). Systems Analysis and Design: An Object-Oriented Approach with UML. Google Books. Retrieved from https://books.google.ie/books?id=8700EAAAQBAJ

Fang, S. Y., & Darman, R. (2022). The Development of e-PSM System for Undergraduate Students of Faculty Food Science and Nutrition (FSMP), University Malaysia Sabah (UMS). Applied Information Technology And Computer Science, 3(2), 388-410.

Laoyan, S. (Producer). (2025, February 20). What is agile methodology? (a beginner's guide) [2025] • asana. Asana. Retrieved from https://asana.com/resources/agile-methodology

Ocasio, V. (Producer). (2024, April 14). Agile Software Development Life cycle: Let's get this party started: LucidTrac blog. LucidTrac. Retrieved from https://lucidtrac.com/blog/read/Agile_Software_Development_Life_Cycle_Let_s_Get_This_Party_Started

Ramlan, N. I., & Mohamad, R. (2025). Sistem Pengurusan Projek Sarjana Muda bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 2268-2287.

Downloads

Published

2026-03-05