Pembangunan Aplikasi Pemantauan Kecergasan Pesakit Diabetes (FIT4DM)

Authors

  • Muhammad Nur Irsyad Azman National Defence University of Malaysia image/svg+xml
  • Zuraini Zainol National Defence University of Malaysia image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.64382/mjii.v4i2.88

Keywords:

diabetes, senaman, pemakanan sihat, kalori, model ADDIE

Abstract

Diabetes merupakan satu masalah kesihatan awam yang kronik di seluruh dunia dan perlu ditangani bagi membantu membentuk komuniti yang sihat dan produktif. Aplikasi Kecergasan Penyakit Diabetes (FIT4DM) merupakan salah satu alternatif untuk membantu pesakit diabetes mengamalkan gaya hidup sihat dan mengawal penyakit yang dihidapi. Tujuan utama kajian ini ialah untuk membangunkan satu aplikasi yang mesra pengguna bagi membantu pesakit memantau aktiviti senaman, jumlah kalori dan pemakanan sihat. Pemilihan metodologi model ADDIE menjadikan pembangunan aplikasi FIT4DM menjadi lebih sistematik. Aplikasi ini mempunyai pangkalan data secara atas talian iaitu Firebase dan mekanisme keselamatan yang bertujuan menjamin keselamatan data pengguna. FIT4DM menggunakan perisian Flutter di mana Dart sebagai bahasa pengaturcaraan utama. Pengujian juga telah dijalankan kepada pengguna dalam mengenal pasti kekurangan dan ralat yang terdapat di dalam aplikasi ini.

Downloads

Published

2025-02-12

Most read articles by the same author(s)