Seni Warisan Dikir Barat Pelita Kabat; Tuan Yacob Bin Tuan Ismail.
Keywords:
Dikir Barat, sejarah lisan, seni warisan, Tuan Kob Raja Saring, kebudayaan KelantanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka latar belakang kehidupan, pengalaman, penglibatan, pencapaian dan cabaran Tuan Yacob bin Tuan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Tuan Kob Raja Saring, sebagai seorang tokoh penggiat seni warisan Dikir Barat di Kelantan. Dikir Barat merupakan seni persembahan tradisional yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, malah menjadi medium komunikasi dalam menyampaikan nasihat, pengajaran dan nilai-nilai kemasyarakatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah sejarah lisan dengan menjalankan temu bual bersama tokoh bagi memperoleh maklumat berkaitan pengalaman dan penglibatan beliau sebagai tukang karut. Maklumat yang diperoleh turut disokong melalui penelitian terhadap sumber rujukan berkaitan seni Dikir Barat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman, disiplin, minat dan komitmen Tuan Kob Raja Saring selama lebih tiga dekad telah menyumbang kepada kelangsungan seni warisan Dikir Barat. Kajian ini turut memperlihatkan bahawa kesenian tersebut masih relevan dalam masyarakat walaupun mengalami perubahan seiring dengan perkembangan teknologi dan peredaran zaman. Secara keseluruhannya, kajian ini menekankan kepentingan pendokumentasian pengalaman tokoh seni melalui pendekatan sejarah lisan sebagai usaha memelihara pengetahuan, identiti dan keaslian warisan budaya tempatan. Dapatan kajian diharapkan dapat menjadi sumber rujukan kepada penyelidik, pelajar dan masyarakat, khususnya generasi muda, dalam memahami serta menghargai kepentingan pemeliharaan seni warisan Dikir Barat.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Siti Nur Ramadan Mohd Sahim, Nurdiana Fariha Ainuddin, Fatin Nur Zulkipli, Nurulannisa Abdullah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
