Blok Batik Warisan Kraf Tradisional Melayu
Keywords:
Encik Md Ghani Bin Mat, kraftangan, blok batik, tradisional, warisanAbstract
Seni pertukangan blok batik merupakan salah satu warisan kraf tradisional Melayu yang bernilai tinggi. Kajian ini dijalankan bagi mendokumentasikan latar belakang, proses pembuatan, kepelbagaian motif, serta sumbangan Adiguru Kraf Blok Batik, Encik Md Ghani bin Mat dari Kelantan. Menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah sejarah lisan dan temu bual bersemuka di bengkel beliau, hasil kajian mendapati kepingan tembaga menjadi pilihan utama dalam pembuatan acuan kerana sifatnya yang tahan lasak, fleksibel, dan merupakan konduktor haba yang baik. Teknik penghasilannya pula melibatkan empat peringkat yang menuntut ketelitian tinggi, iaitu proses lakaran, lenturan tembaga, pematerian menggunakan timah, dan pemasangan bingkai. Selain mengekalkan motif tradisional seperti flora, fauna, dan geometri, penghasilan blok batik turut berinovasi kepada rekaan moden seperti tulisan khat dan mercu tanda negara untuk dijadikan kraf hiasan dinding. Pendokumentasian ini diharapkan dapat menjadi rujukan akademik yang penting dalam memelihara warisan seni pertukangan tempatan agar terus dikenali dan diwarisi oleh generasi akan datang.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Nur Asyikin binti Saidi, Nur Shafiqah Asmawi, Noor Rahmawati Alias, Siti Aishah Mokhtar

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
