Sang Cakerawala Unggul: Dedikasi dan Perjalanan Seni Tokoh Veteran Shaharuddin Thamby.
Keywords:
pelakon, filem, industri seni, lakonan tempatan, Shahruddin ThambyAbstract
Kajian kualitatif berasaskan kaedah temubual ini meneliti penglibatan dan perjalanan kerjaya tokoh seni lakonan veteran tanah air iaitu Tuan Shaharuddin Thamby. Kajian ini bertujuan mengupas mengenai penglibatan beliau dalam bidang seni lakonan. Beliau merupakan pelakon veteran tanah air berusia 65 tahun dan telah mencurah bakti selama 33 tahun. Karier beliau mula bertapak dalam industri sejak tahun 1989. Beliau masih lagi bergiat aktif dalam seni perfileman, drama serta teater tempatan dengan memegang watak yang ikonik seperti watak seorang bapa dan datuk seiring dengan usia beliau. Objektif kajian adalah untuk mengetahui latar belakang serta pengalaman sebenar dalam bidang perfileman, drama dan teater selain merungkai realiti di sebalik tabir industri hiburan di Malaysia menerusi pandangan beliau. Selain itu, menerusi kajian ini juga kita dapat mendalami penceritaan serta perjuangan tokoh yang mana boleh dijadikan sumber inspirasi, iktibar dan panduan kepada masyarakat kini. Kajian ini menggunakan kaedah temubual sebagai metodologi utama dalam mendapatkan maklumat dimana proses temubual bersama tokoh telah dijalankan di Kafe FINAS pada Disember 2022. Selain itu, penyelidik juga turut menggunakan kaedah rujukan bahan bertulis seperti jurnal artikel dan sumber ilmiah yang berkaitan bagi menyokong maklumat kajian. Hasil kajian mendapati bahawa Tuan Shaharuddin Thamby memainkan peranan penting dalam perkembangan industri seni tanah air melalui penglibatan beliau dalam industri.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 Noorauni Nabilah Ridzuan; Aida Nabila Mohd Rahman; Noor Arina Md Arifin, Fatin Nur Zulkipli

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
