Silat Gayong Pusaka: Jejak Pendekar Tokoh Silat Gayong Pusaka Kelantan

Authors

  • Muhammad Nazmi Md Radzi
  • Muhammad Adam Muqhlis Mohamad Haniff
  • Noor Rahmawati Alias
  • Fatin Nur Zulkipli

Keywords:

seniman, veteran, silat gayong, temubual, Kelantan

Abstract

Kajian ini memaparkan hasilan temu bual bersama jurulatih Seni Silat Gayong Pusaka Negeri Kelantan, iaitu Yang Dipertua Encik Wan Abdul Halim Wan Mamat, digabungkan bersama hasil analisa dokumentasi pelbagai bahan informasi sekunder. Tokoh yang dipilih merupakan seniman veteran yang mahir dalam seni pertahanan diri iaitu Silat Gayong Pusaka. Tujuan utama pengkaji memilih Encik Wan Abdul Halim Wan Mamat adalah untuk mengetahui sejarah penubuhan Persatuan Silat Gayong Cawangan Kelantan dan juga sumbangan beliau dalam mengangkat seni Silat Gayong Pusaka di mata dunia. Temubual ini dilaksanakan secara temu bual bersemuka di rumah kediaman beliau iaitu di Wakaf Bharu, Kelantan. Tarikh temubual tersebut berlangsung pada 11 Januari 2023, bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Encik Wan Abdul Halim mempunyai gelanggang silatnya tersendiri di perkalangan rumahnya, bernung di bawah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Kelantan. Beliau pernah melatih dan membawa atlet-atlet mewakili negara dalam bidang tersebut seperti Sukan SEA Singapura pada tahun 1993, Belgium Open Championship pada tahun 2007, dan Silat Dunia Jakarta pada 1992. Encik Wan Abdul Halim ataupun dikenali sebagai Cikgu Wan, bukan sahaja dikenali oleh masyarakat tempatan di negeri Kelantan bahkan di luar negara juga beliau  disanjung atas kehebatan beliau dalam bidang seni pertahanan diri ini.

Downloads

Published

2026-05-19

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 4 > >>